Thursday, July 11, 2013

Korea Trip June 2013: Nami Island

Assalamualaikum! ;)

Macam mana puasa? Aku keletihan setelah 6 hari berjalan-jalan di KL. Tu yang lambat update blog tu. Jadi hari ini aku sambung korea trip aku yang sebelum ini. Tempat pertama kami pergi is Nami Island. So, ada apa kat Nami Island ni? Nami Island ni famous sebab pulau ni tempat Winter Sonata berlakon. Part diorang dating waktu high school XD

Ni ha, aku google kan sikit gambar kat Nami Island dalam Winter Sonata.



Aku download and tengok sampai habis Winter Sonata ni. Hehe. Kang Joon Sang <3 Jung Yu Jin. Cerita ni lama dah. Tahun 2002 rasanya. Tapi famous, sampai ke Malaysia.

Okay, jom kita mulakan cerita pada hari kedua di korea! ;) Bangun pagi-pagi dan bersiap-siap!


le sisters


Keluar hotel haruslah bergambar dulu! XD Ni gambar-gambar sekitar hotel ;)





Breakfast biasa ja. Sandwich and fruits! Yogurt jugak! Aku tak suka yogurt so, minum air masak ja :3


Comel patung ni ;)


First group photo with the korean tourist guide. Depan restaurant kami breakfast. Semua ni staf usm and anak-anak staf ;) Lepas makan, kami bertolak ke Nami Island. 


Sebelum ke Nami Island, haruslah beli tiket dulu. Tiket-tiket semua tourist guide yang buat. Kami bergambar ja la sementara menanti XD



River Limo youuu! haha. Bas kat aiport panggil Limo, bot pun panggil Limo. Kelasss kau korea! XD


Okay, nampak tak? Betapa eksaitednya warga Malaysia di atas memegang bendera Malaysia di tempat orang XD Nami island ni memang tempat tarikan pelancong, so, boleh kata semua negara punya bendera ada kat bot ni :3


Haaaa, tengok bot tu, penuh bendera kan?


Group photo at the entrance of Nami Island ;) Ouh, lupa nak bagitau. Nami Island ni sebenarnya pulau buatan manusia. Orang korea bina pulau ni di tengah-tengah Han River. So, keliling pulau ni sebenarnya bukan laut, tapi sungai ;)


Pokok krismas guna botol kaca. Kreatif okay!



Okay, kakak aku eksaited tangkap gambar kat France sebab sebelum ni dia belajar Bahasa Perancis dan bercita-cita untuk ke France suatu hari nanti. Hahahaha.


Aaaaaaa! Kang Joon Sang pernah jalan kat tempat yang aku jalan ni. Betapa terujanya bila tengok gambar ni! Padahal time kat Nami Island ni, tak kenal pun Kang Jong Sang XD


le siblings with their hero <3


Abah <3


Okay, kami anak beranak memang suka tangkap gambar dengan tulisan korea, baru nampak macam melancong kat korea, ye dok? XD



Mak & Abah <3


candid! >.<







Haaa, ni meja yang ada dua patung salji tempat first kiss Kang Joon Sang dengan Jung Yu Jin. 


Haaaa, sama tak? kihkihkih. Ni gambar dalam cerita Winter Sonata XD


Selamat Datang! Bahasa melayu ada okay kat korea! XD



Comel patung salji ni >.<


Spot us! Hahahahaha. 


Dengan banner pun bolehhhh, walaupun tak paham sepatah haram XD


unicef hall



bentuk love! 


Herb Shop


A restaurant


Okay, tak tahu ni bangunan apa XD


Sonata Nami Shop. Jual souvenier winter sonata kot? Tak masuk pun. Hahahaha.


Mom & Dad <3





Ayuh lakukan vandalisme! Hahahaha. Marker ni tourist guide dari Malaysia yang bawak, apa lagi, pinjam la!  conteng-conteng nama sendiri XD


Le Family. Haaa, tengok, siap ada banyak frame gambar pelakon-pelakon Winter Sonata. So, pulau ni jadi tarikan sebab Winter Sonata la. Boleh kata semua negara asia tengok cerita Winter Sonata tu dulu. Aku pun taktau kenapa cerita ni famous sangat. Aku dah hilang ingatan apa yang jadi tahun 2002 dulu XD Tapi mengikut korean tourist guide tu, dia kata, time Winter Sonata ada kat tv, jalan raya lengang. Semua ada kat rumah tengok Winter Sonata. Haaa, memang semua orang tengok la cerita ni. Hmm.


Aim for daun warna perang! Oversea la katakan XD



Satu famili bersama patung Kang Joon Sang & Jung Yu Jin ;)


Tak dapat jumpa Kang Joon Sang betul-betul, patung pun jadi laa. Boleh peluk! XD






Tourist guide ni umur dia dah 45. Haaa, boleh percaya tak? Aku dengan kakak-kakak aku ingat dalam 30 lebih la umur dia, tengok-tengok umur dia 45! Terkejut okay! Dia memang jaga muka. Orang korea memang jaga muka sebab tu kulit depan cantik and putih! Kosmetik kat korea pun murah, sebab made in korea! Kalau beli kat korea boleh kata half price la daripada harga kat Malaysia. 


Nama lain bagi Nami Island adalah Naminara Republic.


Okay, ni sebab kakak gua minat germany, gua pun minat! >.<


Korea!



Malaysia! ;D


Ada banyak patung comel-comel kat korea!


Gua baru sedar patung kat atas ni macam Domo. Huaaaa, gua tak tangkap gambar dengan patung tuuu T.T huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! T.T


Lunch! Sapa tak makan sayur, kalau pergi korea, memang kurus lah! Banyak sayur! Makanan orang korea sangat healthy! Tak macam kita, fast food memanjang, minyak berlebihan dan lain-lain. 



Campur & gaul ja semua bahan-bahan yang dia bagi, akhirnya jadi nasi goreng ayam! Panas panas! Orang korea makan panas-panas sebab kat korea sentiasa sejuk. Bayangkan summer pun macam kat cameron highland sejuknya. Malam-malam macam kat genting! Tapi slumber ja depa pakai skirt pendek, short dan sewaktu dengannya time summer ==' Sebab bagi orang korea, time summer tu sangat panas. =='


Bench tepi restoran Nami-ok.


Han River. Han River ni sungai utama kat korea. Han River panjang dan banyak pecah-pecah. So, boleh kata semua sungai kat korea adalah Han River. Sebab Han River la banyak jambatan kat korea. Walaupun sungai ni kat tengah-tengah bandar. Kebersihan dia tiptop okay. Orang korea memang jaga kebersihan sungai ni. 


Another unique building. ;) Nanti aku sambung cerita tempat lain pulak ya. InsyaAllah. Sorry aku tak banyak cerita. Aku banyakkan gambar, sebab di setiap gambar ada lagu! kihkihkih. ok bye ! XD 


p/s: esok keputusan kemasukan untuk program ijazah sarjana muda usm & upu keluar. dup dap dup dap. semoga Allah beri yang terbaik buat diri ini. Amin~

Selamat berpuasa readers! ;)


3 comments:

  1. Awak tak pergi mkn dekat kedai y jual lunch box tu ke?

    ReplyDelete
  2. What a great web blog . I like this blog because of its design and interface. Private Tutor in Jacksonville It is user friendly and it is nice to visit the blog.

    ReplyDelete
  3. I just wanted to add a comment here to mention thanks for you very nice ideas.Private Tutor in St. Petersburg I appreciate when I see well written material.

    ReplyDelete