Monday, July 1, 2013

Korea Trip June 2013: Arrivals

Assalamualaikum semua! ;)

Aku pergi korea sebulan yang lalu. Tapi baru ada mood nak update kat blog. Hehe. InsyaAllah kalau rajin aku update dari awal sampai la habih trip aku kat korea. Niat aku tu, tapi ikut tahap kerajinan. Hehe. 


So, aku bertolak dari KL ke Seoul Korea pada 31 Mei 2013 jam 8 pagi. Nak pergi korea ambil masa 6 jam atas flight. Perghh, memang taktau nak buat apa la 6 jam tu. So, merepek-merepek, makan dan sebagainya. Tapi lebih banyak masa aku tidur ja. Kakak aku syok ja layan Running Man atas flight, aku krohhh krohhh. hahaha.

Ni first time aku buat passport, so, first time jugak la melancong ke luar negara. Belum cecah 19 tahun lagi dah sampai korea youuu! Hahahaha


Angah, me and mak ;) waiting for the flight!

Ouh, lupa nak bagitau, aku pergi sana satu family. ;)


And pecah rekod, aku tak pernah naik flight! Haha. For one week, aku naik flight 6 kali!

Penang - KL
KL - Incheon, Korea
Gimpo, Korea - Jeju, Korea
Jeju, Korea - Gimpo, Korea
Incheon, Korea - KL
KL - Penang 

Nasib baiklah first flight aku Penang - KL. Sejam ja. Seram sejuk jugak la. Buat apa serba tak kena lah. Haha. Pastu kena duduk atas flight 6 jam. Fuhh, nasib baik dah pernah naik sekali sebelum tu. So, wat lek wat peace ja. Haha. 


Safely arrived at Incheon Internatiol Airport after 6 hours! Best Airport in Asia-Pacific!


Okay, excited nampak 'Selamat Datang' kat korea XD


Time ni tengah terpegun tengok tulisan korea merata. Rasa macam nak tampar pipi kiri kanan betul ka aku dah jejak kaki kat korea ni? Haha. 





Me inside the shuttle train. Shuttle train ni ada for every 5 minutes. Ni dalam airport okayh! Nak ambik baggage naik train you! Boleh bayangkan kebesaran airport dia? XD



Ouh, one more thing! Malaysian kalau nak pergi Korea, tak perlukan visa. So, tak leceh.





This is susu pisang. Sedap! Sebelum pergi korea, ada terbaca kat blog Fatin Liyana pasal susu pisang ni. Memang cam siap-siap bentuk dia macam mana and tulisan tu. Haha. Sampai-sampai airport, serbu GS25, GS25 ni macam 7eleven, adik beradik la. Pastu, usha-usha, nampak, apa lagi, beli terus la. Merasmikan duit Korean Won ku. XD 1200won rasanya. Duit Malaysia lebih kurang RM3.00




Bas dia nama Airport Limousine youuuu! XD


Buildings kat korea memang semua unik-unik la. Sapa yang belajar architecture, aku suggest korang datang korea. Buildings semua memang unik-unik and cantik-cantik. Everywhere!



Yeah, kami pergi trip ni with USM staffs. Tourist guide dah aturkan semua. Just ikut ja itinerary. Sorang tourist guide from malaysia. Lagi sorang korean tourist guide, interacts using english ;)




Mini cooper with korean plate number! XD








traktor comel :3


pizza huttttt!


okay, ni bukan mushroom soup pizza hut okay! haha. 


Chicken Tandoori for dinner! Haha.




Kwangso spotted! XD giraffe!


Lepas makan semua memang exhausted sebab Penang-KL pukul 8 malam macam tu, sampai KL pukul 9 malam, lepak kat i-city, pastu tak tidur, tidur atas bas. Pukul 8 pagi naik flight 6 jam pergi korea. Hmm. memang letih la. Sebab tu aku bantai tidoq 6 jam atas flight. Hahaha. Tak dapat tidur yang proper satu, tak mandi pun satu hal jugak. So, semua decide check in hotel awal, cancel plan for the first day. 




Nampak katil? Apa lagi? zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. tidur. haha




Akhir kata,


bye people! ;)

7 comments:

  1. waaaah. bestnya g jeju. singgah teddy bear museum tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeju besar. macam penang, maybe besar lagi dari penang. hehe. banyak sangat tempat menarik, kalau stay sana seminggu memang best lah! teddy bear museum ada banyak branch. saya pergi yang kat namsan tower, seoul. :)

      Delete
  2. wow! bestnya! nak jugak.. nak jugak!!! :)

    ReplyDelete
  3. bestnyaa dear...kita belum ada rezeki lagi nak ke korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah satu hari nanti, kumpul la duit ;)

      Delete
  4. Hai..sy pon tahun lepas pergi korea..musim spring..best kan..susu korea tu baru jumpa kat malaysia semalam..excited nak minum.hihi.kalau free,meh singgah blog sy..pengalaman pergi korea sesorang...

    ReplyDelete