Saturday, December 10, 2011

SPM IS OVER!

Assalamualaikum :)

SPM is overrrr! Yeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Haha. Over gila hang ejin! Padahal last paper hang 5 hari bulan hari tu. Hari ni dah 10 hari bulan baru gatal tangan nak post SPM is over. =,=

Masa malam sebelum paper akaun tuu, aku tidur pukul 4 pagi kot. Paper start 11.00 pagi. Tapi, memandangkan dah pakat dengan kawan-kawan aku nak study bersama-sama for the last time. Ku gagahkan jugak bangun pagi-pagi. Pukul 7 pagi sampai sekolah dah. Aku kawan yang baik kan? Haha. Padahal 2 bab lagi aku tak baca kot! Tu yang pergi sekolah awal. Kalau kat rumah, memang tak bangun awal la untuk study. Thanks kawan-kawan! :)

Ni gambar kami study dekat kantin sekolah. 


Bagus tak? Ada orang sponsor air Soya Bean. Ada orang sponsor Butterscotch. Ni yang buat aku semangat nak study ni. Haha. 


Hang dok buat over ejin =,=  Hang bukan minum soya bean pun. Butterscotch tu pun hang yang bawak sendiri. Siap kena perli dengan abah lagi. "Amboi, nak bawak semua ka? Nak bawak macam tu ja? Ish budak ni. Nah beg, bubuh roti dalam beg ni."



Cik Asmira, nak study ka nak mesej dengan buah hati pengarang jantung? Hehehehe.


PAK ALI! Sampai hati tak meniaga dah. Mentang-mentang paper Biology habis dah. Grrrr. Bila la aku dapat rasa nasik lemak Pak Ali lagi. Huaaaaaaa. :'(


Haaaaa, ni muka budak-budak yang happy dah habis SPM, ngeeeeeee~



Huaaaa. Konfem nanti rindu nak pergi sekolah :'(


Thanks kawan-kawan, tahan bau kentut aku hari-hari. Haha.


Thanks kawan-kawan selalu bawak makanan, bila takda cikgu kita berkelah dalam kelas. Ada cikgu pun kita belasah ja makan curi-curi. Haha. **Hang bab makanan memang tak lupa kan ejin? =,= Haha.


Ni pemeriksa kelas kami. Hehe. Biasa laa, sekolah perempuan, pantang kalau ada lelaki HANDSOME, mesti semua mata memandang. Kihkihkih. Baru beberapa hari ja datang jadi pengawas peperiksaan, dah jadi bualan student-student. Siap ada nama samaran lagi sebab tak mau orang lain tau. Muahaha. Gatal kan? Biasa la tuu, remaja ;)



P/S: Ade orang mengaku die suke bace blog kite laa awak. Hikhik. Takpayah nak gedik sangat ejin =,= Haha. Terima kasih sangat-sangat kepada sapa-sapa yang selalu baca blog aku. Tak sangka pulak hampa ternanti-nanti aku update blog ;) Followers pun makin bertambah, ni yang buat aku bersemangat nak update blog ni, yea la blog aku bukan famous sangat punn.   

0 Comment:

Post a Comment