Saturday, October 29, 2011

Tanjung Dawai


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

Nampak tak? Nampak tak?

Aku menjejakkan kaki kat Tanjung Dawai hari ni weyh!

Okayyy. Aku dok buat terok. Hang ni buat malu orang Penang ja ejin =.='

Tapi eksaited gila. Selama ni dok dengar and melalak 'Tanjung Dawai' ni dalam lagu ja. Teringin jugak nak pergi kan. Tengok-tengok tiba-tiba lepas pergi kenduri dekat Sungai Petani tadi, abah and kawan abah pakat-pakat nak pergi Tanjung Dawai.

Tanjung Dawai ni bertentang dengan Pantai Merdeka. Hehe. Aku kalau boleh, nak naik bot kat situ, pergi Pantai Merdeka tu. Tapi apakan daya. Haha. Just duduk kat Jeti Tanjung Dawai tu makan Ais Kacang sambil menikmati angin laut dan bunyi deruan ombak. Awww! Awww! Okay buat teruk lagi. Biar laaa :P Aku ni jenis yang suka nature sikit. Aku suka hutan rimba, laut, sungai, air terjun, dan lain-lain. Hehe.

Eh eh. Tadi aku ada cakap kan pasal lagu? Ni la lagu dia. Lagu jiwangggg! Hehe.

Cinta Pantai Merdeka

( korus )
Ku ukir namamu di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai disitu Tannjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

2 comments: